Apa itu kerja wajar (decent work)?

Konsep kerja wajar diperkenalkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada tahun 1999, tujuannya ialah melindungi hak pekerja dalam zaman globalisasi.

Menurut ILO, “dasar-dasar liberalisasi ekonomi telah menukarkan hubungan antara kerajaan, buruh dan perniagaan. Pengeluaran ekonomi sekarang lebih dipengaruhi oleh daya pasaran daripada pengantaraan pihak berkepentingan, norma-norma undang atau campur tangan kerajaan…menghasilkan risiko dan faedah yang tidak seimbang di antara kapital dan buruh…perubahan dalam corak pekerjaan, pasaran buruh dan perhubungan buruh mempunyai impak besar terutamanya terhadap kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan.”

“Globalisasi telah membawa kemakmuran dan ketidaksamarataan, ia menguji sempadan tanggungjawab sosial secara koletif.”

Oleh itu, ILO telah menetapkan matlamat utama konsep wajar sebagai mempromosikan peluang untuk wanita dan lelaki untuk mendapat kerja yang wajar dan produktif, dengan prinsip-prinsip kebebasan, ekuiti, keselamatan dan maruah manusia.

4 objektif strategik kerja wajar ialah hak dalam pekerjaan, mempromosikan pekerjaan, perlindungan sosial dan dialog sosial.

Kerja wajar adalah penting untuk melindungi hak asasi manusia pekerja, seperti kebebasan berpersatuan, berunding dengan majikan secara koletif dan dilindungi oleh sistem kebajikan negara bila sakit, mengganggur atau menemui kemalangan.